Program Cegah Jenayah Bersama PDRM dan RELA

Program ini di sokong oleh YAB Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi yang memberikan kerjasama dan komitmen penuh dalam menjamin kesejahteraan Negara dan Rakyat.

KER1M telah telah menganjurkan beberapa program dengan pihak RELA dan PDRM dan juga telah melantik Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, Pensyarah Kriminilogi UKM sebagai Speaker sepanjang program ini dijalankan ke seluruh Negara.

KER1M mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM dan RELA yang terlibat sama dalam menjayakan hasrat murni ini kepada masyarakat. KER1M juga telah menerbitkan cetakan semula Buku Poket 100 Tips Pencegahan Jenayah yang diedarkan sepanjang program ini dijalankan. Setiap progam ceramah yang diaturkan juga diserta sekali dengan (live Demo) pertunjukan aksi langsung untuk memberikan kesedaran kepada rakyat dengan terus.

KER1M berhasrat bahawa melalui program seperti ini, rakyat dapat membaca buku tips dan memahami kebolehan masing-masing untuk mempertahankan diri daripada berlakunya jenayah dan sentiasa berjaga-jaga.

“ CEGAH JENAYAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

PrintEmail

Find the latest bookmaker offers available across all uk gambling sites - Bets.Zone - UK Gambling Websites Use our complete list of trusted and reputable operators to see at a glance the best casino, poker, sport and bingo bonuses available online.