• Bantuan kerusi roda

Fungsi

KER1M berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yang memberikan sokongan serta kerjasama kepada kerajaan dalam membangunkan Negara kearah sebuha Negara yang Berjaya dengan mengeratkan hubungan silaturrahim perkauman yang berbilang agama dan bangsa. KER1M berhasrat untuk membentukan satu kumpulan masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan menghormati setiap kaum serta adat dan melahirkan satu hubungan yang mengekalkan kesejahteraan rakyat.

KER1M menyeru semua rakyat untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain, bantu-membantu dari segi kebajikan dan bersama-sama menjayakan Tansformasi Nasional (TN50) dan Gagasan 1 Malaysia demi untuk menjamin masa depan anak-anak kita untuk menjadikan Negara dan melahirkan seorang insan yang mulia.

KER1M amat menyeru semua rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan dan semangat diri untuk menjayakan hasrat Kerajaan mencapai objektif Transformasi Nasional (TN 50) yang merupakan satu platform yang harus diberikan sokongan.

Kerajaan telah menggariskan tiga sebab untuk menjayakan pelaksanaan program Transformasi Nasional 2050 (TN 50) sebagai landasan hala tuju negara ke arah membentuk Malaysia lebih berjaya dan disegani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebab pelaksanaan visi TN 50 ialah seperti berikut :-

PERTAMA
sebagai kesinambungan terhadap dasar dan wawasan terdahulu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) diikuti Wawasan 2020 dan kini TN 50.

KEDUA
Bertujuan mempersiapkan Malaysia menghadapi perubahan dunia yang serba mencabar se­perti jumlah penduduk menjadi lebih besar, jangka hayat manusia lebih panjang, pengwujudan bandar raya mega kesan penghijrahan penduduk selain kemajuan sains dan teknologi yang mengurangkan keperluan tenaga kerja manusia.

KETIGA
Dilaksanakan secara bottom up (dari rakyat kepada kerajaan) dan tidak lagi secara top down (kerajaan kepada rakyat). Dalam hal ini, kerajaan akan melaksanakan melalui pelbagai medium atau wahana, pandangan, aspirasi dan suara rakyat daripada semua segmen serta kelompok turut diambil kira dalam me­rangka visi TN 50

“Sesungguhnya pelaksanaan TN 50 merupakan kesinambungan dasar-dasar jangka panjang terdahulu bagi membolehkan kerajaan menyediakan hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun akan datang dalam melakar sebuah negara bangsa unggul, berwibawa dan melahirkan generasi ummah terbaik”

… Y.Bhg Left Kolonel Kehormat ( R ) Dato’ Ranjith Pengerusi

PrintEmail

Find the latest bookmaker offers available across all uk gambling sites - Bets.Zone - UK Gambling Websites Use our complete list of trusted and reputable operators to see at a glance the best casino, poker, sport and bingo bonuses available online.